(Video)UAI: Kalau Tidak Niat Dalam Hati Bahawa Yahudi Itu JAHAT Maka TIDAK SAH SOLAT!!!

(Video)UAI: Kalau Tidak Niat Dalam Hati Bahawa Yahudi Itu JAHAT Maka TIDAK SAH SOLAT!!!



ilustrasi yahudi iblis

Tragedi Peristiwa Holocaust Yang Disembunyikan Dari Pengetahuan Dunia



Meskipun telah berlalu hampir 72 tahun yang lepas tragedi Holocaust masih lagi menghantui dan meninggalkan kesan yang mendalam bagi semua yahudi yang berada diseluruh dunia sehinggakan parlimen negara haram Israel “Knesset” mengisytiharkan hari memperingati Holocaust sebagai cuti umum kebangsaan bermula tahun 1959.



Holocaust adalah perkataan yang diambil daripada perkataan yunani yang membawa maksud “Sacrifice by Fire” dimana sepanjang tempoh Adolf Hitler menjadi Chancellor German bermula 30 Januari 1943 sehingga 8 May 1945 seramai 6 juta orang yahudi telah dibunuh beramai-ramai dengan pelbagai cara yang kejam termasuk 1.5 juta kanak-kanak dan tragedi ini menghapuskan 2/3 populasi yahudi di eropah bersamaan 1/3 populasi yahudi diseluruh dunia.



Tragedi ini bertitik tolak pada tahun 1934 apabila Hitler menguasai sepenuhnya parlimen German (Reichstag) dan melalui Enabling Act yang membolehkannya dengan kuasa diktator untuk untuk melakukan pembersihan puak yahudi secarah sah dan melalui propaganda yang melabelkan “ The jews are our misfortune”. Parti National Socialist German Worker (NAZI) dibawah pimpinan Hitler mendakwa bahawa Yahudi mencemari budaya asli orang German dengan pengaruh “luar dan anjing kampung”.



Mereka juga menggambarkan puak yahudi sebagai “jahat dan pengecut”, selain jumlah mereka yang ramai dalam bidang kewangan, perdagangan dan seni melemahkan ekonomi dan budaya German. Dalam pada itu, Hitler menyatakan bahaya bangsa “Aryan” adalah bangsa yang lebih superior daripada bangsa yahudi dalam segala aspek dan melarang sebarang perhubungan melalui perkahwinan ataupun aktiviti ekonomi.




Disepanjang tempoh perang dunia-2, beberapa siri kekejaman yang terselindung dalam tragedi Holocaust telah berlaku antaranya pembunuhan beramai-ramai pada September 1943 dimana seramai 33 000 orang yahudi telah dibunuh dalam masa dua hari. Mereka arahkan berdiri di tebing jalan dan ditembak bertubi-tubi. Pihak Nazi juga membunuh hampir 1.5 juta kanak-kanak kerana menganggap mereka akan membesar dan mengembangkan lagi populasi puak yahudi.

Pada November 1938 juga Nazi telah melancarkan serangan ke kawasan komuniti yahudi meliputi kawasan Austria dan German dengan tujuan memusnahkan perniagaan dan membakar rumah ibadat. Hasilnya lebih 7000 perniagaan musnah, 1000 rumah ibadat dibakar serta menahan 30 000 yahudi. Mereka juga memusnahkan hospital dan apa sahaja yang berkaitan yahudi.



Selain itu, para saintis Nazi seperti Dr. Josef Mengele menjalankan pelbagai eksperimen kejam terhadap puak yahudi yang mengkhusus kepada kajian genetik di mana dia melakukan pembedahan tanpa bius, memasukkan kuman pembawa maut dan menjalan penukaran jantina. Antara eksperimen yang terkenal adalah dengan menjahit pasangan kembar bersama dengan tujuan untuk menghasilkan kembar siam.



Pihak Nazi juga membunuh puak yahudi dengan mengurung mereka dalam sebuah bilik sempit dan mengasakkan mereka beramai-ramai yang kemudiannya melepaskan gas beracun karbon monoksida. Selain itu, mereka menggunakan sejenis racun serangga dikenali sebagai Zyklon B iaitu pellet yang meruap dalam bentuk gas. Gas Zyklon B tidak membunuh mereka dengan serta merta tetapi membuatkan mangsa menderita kasakitan disebabkan pendarahan melalui mulut dan telinga.



Semasa tragedi itu, sebanyak 32 negara berkumpul membincangkan mengenai nasib krisis pelarian yahudi yang menjadi mangsa kekejaman Nazi. Britain, Australia dan Kanada menyatakan pendirian mereka dengan tidak menerima sebarang pelarian yahudi. Hanya Republik Dominica sahaja yang menerima pelarian yahudi iaitu seramai 100 000 orang.

Sehingga kini peristiwa Holocaust meninggalkan kesan titik hitam yang mendalam kepada mereka namun menjadi dilema kepada kita terutamanya pada umat islam hari ini.


Video:



Semoga semua faham... :)