Semalam viral video seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khadijah yang dikatakan bersikap biadap dengan menunjukkan isyarat tangan lucah serta menyerang kereta indvidu lain dikatakan berpunca daripada berebut parking.
Tetapi hari ini wanita tersebut tampil memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut serta mempertahankan tindakannya itu
Berikut merupakan penjelasan wanita tersebut, ketika kejadian tersebut berlaku di bazar ramadhan kuah langkawi sekita pukul 7 lebih, saya ternampak parking kosong tanpa fikir apa apa saya masuk parking tersebut sebab nak kejar masa nak beli juadah berbuka puasa
Bila dah parking saya kunci kereta dan berjalan terus menuju ke bazar, masa saya turun dari kereta memang taka da siapa pun datang tegur tetapi tiba tiba saya nampak cina itu reverse kereta sambil hon panjang dekat saya sampai orang sekeliling pandang saya.
Saya pun pergi dekat kereta terbabit dan tanya kenapa dia hon. Selepas itu dia buka tingkap terus marah saya cakap ‘ itu parking saya, bawak kereta itu taka da lessen ke’
Bila dia dah cakap macam tu saya malaslah nak gaduh terus jalan ke bazar sebab bagi saya sikap itu memang tak professional dan langsung tak ada budi bicara
Ketika berjalan ke bazar saya toleh ke belakang dan saya nampak dia tengah rakam gambar kami jadi saya patah balik untuk tanya sebab dia rakam gambar kami
Dia tak menjawab soalan kami malah terus mengunci pintu depan dan belakang serta tutup tingkap sambil menunjukkan penumbuk ke arah kami.
Ketika itu mula terjadi perbalahan antara kami dan menyebabkan saya membalas tindakannya itu, mungkin dalam video hanya nampak kami yang bersalah sebab video tersebut hanya merakam perbuatan kami tetapi perbuatan mereka langsung tidak kelihatan
Bagi yang terus mencacu saya, alhamdullah saya terima pahala puasa kalian dan bagi yang tahu keadaan sebenar dan mempertahankan tindakan saya, saya ucapkan terima kasih banyak banyak.
Akhir kata saya, jika benar saya salah saya ingin memohon maaf di sini tetapi jika dia yang bersalah maka saya ingin bersihkan nama saya kembali