(Video)TERKINI: TRUMP Lantang Tuduh HAMAS Pengganas Di Pusat Kotaraya Terbesar ISLAM Arab Saudi!
GAZA, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Kenyataan Presiden Amerika, Donald Trump yang menuduh gerakan Islam Palestin, Hamas sebagai pengganas adalah berat sebelah dan tidak adil.
Menolak dakwaan itu, Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, tindakan Trump mengaitkan pergerakan Islam kami dengan keganasan hanya menguntungkan Israel.
“Kenyataan yang menggambarkan Hamas sebagai kumpulan pengganas telah merosakkan imej kami dan terangan-terangan berat sebelah kepada penakluk Zionis,” katanya.
Trump semalam didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap kepada pemimpin 55 negara Islam di Riyadh Arab Saudi.
Dalam ucapannya, Trump meminta semua negara terbabit sepakat memerangi keganasan, termasuk gerakan Hamas.
“Ini adalah pertempuran antara penjenayah kejam yang berusaha untuk memusnahkan kehidupan manusia dan orang baik atas nama agama. Ini adalah pertempuran antara baik dan jahat,” kata Trump.
video: