“AYAH SEDANG NAZAK, SAYA TERPAKSA TERUSKAN PERSEMBAHAN..” – DZAWIN
Pemenang tempat ketiga pada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 jatuh kepada peserta solo dari Indonesia iaitu Dzawin.
Sememangnya Dzawin akui terkejut dengan kemenangan itu kerana baginya para peserta di pentas final amat hebat-hebat belaka.
Ini komennya:
“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di final kerana para peserta yang bertanding adalah sangat hebat.
“Bagi saya dapat masuk ke peringkat akhir adalah satu kemenangan memandangkan saya ini merupakan peserta solo.
“Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ia merupakan hadiah kepada peminat yang menyokong serta mengundi saya,”Bertanya tentang pengalaman paling sedih buatnya, Dzawin mencerita satu kisah sayu yang pernah melanda dirinya.
Dzawin akui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di hospital.
Pelawak berumur 26 tahun ini berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak dalam dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak.
Ini pendedahannya:
“Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di Hospital.
“Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.
“Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak.
“Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak,”
Dzawin kini mula mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Lawak yang dibawanya agak berlainan dari yang lain.
Dia popular sebagai pelawak yang sambil membuat orang ketawa, sambil berdakwah.
Sumber: beritamemey